DITULIS OLEH : ASMA' BINTI MUHAMAD SHARIFUDDIN
D20201094488
PENDAHULUAN
Teori konflik telah muncul pada abad ke - 18 dan abad ke – 19 ia sebagai tindak balas kepada kelahiran revolusi, demokrasi dan perindustrian. Kata kerja konflik berasal dari configure yang bermaksud saling memukul. Dari segi sosiologis, konflik dimaksudkan sebagai satu proses sosial antara dua orang atau lebih (kelompok) yang mana salah satu pihak berusaha menyingkirkan musuh atau pihak lawan iaitu dengan menghancurkan atau membuatnya tidak berdaya. Teori konflik sosiologi telah diperkenalkan oleh Karl Marx dan kemudian diikuti oleh Max Weber.
TEORI KONFLIK ALIRAN MARX
Teori konflik aliran marx berpandangan berasaskan tafsiran – tafsiran sosiologikal berdasarkan karya – karya Marx. Pengikut teori aliran Marx berpandangan bahawa teori bukanlah satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi bagaimana cara reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep sejarah materialisme iaitu satu teori atau kaedah ilmiah, satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama menurut Fatimah Daud (1992). Teori konflik aliran Marx dianggap asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat disebabkan faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Perubahan kepada struktur masyarakat adalah disebabkan faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain sebagai contoh agama, institusi politik, kekeluargaan dan Pendidikan.
TEORI KONFLIK ALIRAN WEBER
Teori konflik diasaskan daripada teori konflik marx namun teori konflik aliran Weber berbeza pendapat dengan teori Marx. Weber berpendapat perubahan sosial masyarakat bukanlah disebabkan faktor konflik kelas sosial bukan hanya berpunca dari ekonomi tetapi ia juga turut berpunca dari pelbagai faktor. Menurut Weber (1958) kapitalisme di barat berkembang bukan disebabkan faktor pengeluaran semata – mata tetapi juga dipengaruhi oleh faktor keagamaan. Weber membahagikan kepada tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Marx berpandangan kuasa hanaya berpunca dari faktor ekonomi tetapi Weber seakan dengan Marx iaitu menghubungkan ekonomi tetapi menurut Weber ia juga turut di pengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status menurut Weber bukan dilihat dari kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentu oleh gaya hidup. Manakala kuasa bentuk kepimpinanyang mempengaruhi seseorang individu dapat memaksa orang lain untuk mencapai matlamat indidvidu atau organisasi. Sebagai kesimpulan aliran Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang berlaku dalam masyarakat bukan hanya disebabkan faktor ekonomi tetapi ia juga disebabkan untuk memperjuangkan hak masing – masing supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.
TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN
Max Weber (1964 – 1920) antara tokoh yang mengaitkan teori konflik dengan Pendidikan, beliau menyatakan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya. Sistem pendidikan mempunyai kaitan hubungan dengan kuasa dan kepentingan yang akan menimbulkan konflik diantara individu dan kumpulan dalam masyarakat. Menurut beliau juga dalam sekolaha terdapat “orang dalam” di mana ia diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah, manakala “orang luar” berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan di sekolah. Berdasarkan kajian ahli teori konflik jawatan yang berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh keluarga sosioekonomi tinggi manakala berstatus rendah majoriti dari keluarga yang tahap ekonomi rendah. Maka wujudlah lapisan masyarakat mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. Masyarakat mementingkan “credential” iaitu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat menurut Randal Collins (1971). Mereka yang dating dari keluarga yang berpengaruh akan dapat menikmati keistimewaan untuk mendapat jawatan tinggi dalam masyarakat. Konflik sering dihadapi oleh para guru yang perlu melakukan kerja mengajar dan melakukan tugas pentadbiran. Pelajar juga tidak ketinggalan kerana perlu untuk mendapatkan keputusan cemerlang kerana tekanan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya. Oleh itu, timbul konflik dalam kalangan guru dan pelajar.
KESIMPULAN
Konflik boleh berlaku tidak kira masa dan tempat ia juga turut memberi kesan yang berbeza – beza terhadap individu tertentu. Konflik juga terdapat dalam organisasi dan sekiranya tidak dikawal ia boleh membawa kesan negatif. Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan koordinasi antara pentadbir dengan guru atau guru dengan murid supaya dapat mengurangkan konflik disamping menguruskan dengan cara yang betul dalam menghadapi konflik. Saranan teori konflik Marx dan Weber boleh diaplikasikan untuk menangani konflik dalam organisasi mereka.
RUJUKAN
BAB II TEORI KONFLIK SOSIAL DALAM PERSPEKTIF KARL MARX. (n.d.). Retrieved from http://digilib.uinsby.ac.id/2560/5/Bab%202.pdf
Faizah, N. (n.d.). BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN. Retrieved from Academia: https://www.academia.edu/5006127/BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN
Fatakhsya, K. A. (2012, December 8). Teori Konflik. Retrieved from slideshare: https://www.slideshare.net/fatakhsya/teori-konflik
Fyee, S. (2013, januari 3). Teori Konflik. Retrieved from slideshare: https://www.slideshare.net/suffioldskool/teori-konflik-15844817
Mokhtar, M. A. (2010, June 15). Teori Konflik. Retrieved from Scribd: https://www.scribd.com/doc/33080755/TEORI-KONFLIK
Comments